Assalamuaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke blog Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama.


Wednesday, 21 September 2011

Bahasa Melayu Kertas Penulisan Tahap 2

Bahasa Melayu Kertas Penulisan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Bahagian A : memindahkan maklumat .
2. Bahagian B : penulisan karangan.
3. Bahagian C : membina ulasan.

BAHAGIAN A (Memindahkan Maklumat)

1. Bahan rangsangan diberikan sebagai panduan kepada murid.

2. Terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, dan bahan grafik yang lain. .

3. Soalan yang dikemukakan berkaitan :
    a. aktiviti
    b. situasi / gambaran / suasana
    c. umum

4. Tulis lima ayat dengan ejaan dan penggunaan tanda baca yang betul.

5. Ayat yang ditulis hendaklah gramatis dan menepati bahan grafik.

6. Markah untuk bahagian ialah 10 markah.

BAHAGIAN B (Karangan)

1. Pilih satu daripada tiga soalan yang diberikan.

2. Perlu ditulis dalam bentuk perenggan.

3. Setiap karangan perlu ada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan
     penutup.

4. Tulis sekurang-kurang tiga isi bagi setiap setiap karangan.

5. Minimum tiga ayat bagi setiap isi.

6. Terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
     a. penulisan berformat
     b. penulisan tanpa format.

7. Jenis penulisan berformat ialah:
    a. surat kiriman : rasmi dan tidak rasmi.
    b. syarahan
    c. dialog: wawancara, temuramah, perbualan.
    d. ucapan
    e. catatan
    f. berita
    g. laporan
    h. perbahasan

8. Jenis penulisan tanpa format termasuklah:
    a. cerita
    b. melengkapkan cerita
    c. fakta
    d. perbincangan
    e. autobiografi
    f. peribahasa

9. Untuk karangan fakta, setiap perenggang perlu ada isi, contoh dan kesan.

10. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

11. Markah penuh yang diberikan untuk bahagian ini ialah 30 markah.

BAHAGIAN C (Ulasan)

1. Murid perlu memberikan lima nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.

2. Ulasan yang baik mestilah mempunyai nilai-nilai murni atau pengajaran berserta
    huraian.
    
3. Murid tidak dibenarkan menyalin semula petikan.

4. Sebaik-baiknya cari maksud tersirat bagi nilai murni atau pengajaran yang terdapat
    dalam petikan.

5. Panjang jawapan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

6. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

7. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 20 markah.