Assalamuaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke blog Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama.


Tuesday, 25 October 2011

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN A (Memindahkan Maklumat)

Sebelum menjawab soalan untuk bahagian ini, anda hendaklah:

1. membaca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci yang terdapat pada soalan.

2. meneliti gambar atau bahan grafik yang diberikan.

3. mengenal pasti :
    a. idea keseluruhan tentang bahan yang diberikan.
    b. aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.
    c. maklumat-maklumat yang tercatat dalam gambar.

      Berdasarkan pengalaman saya, calon selalunya tidak membina ayat mengikut kehendak soalan atau arahan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana calon tidak membaca soalan dengan teliti dan tidak menggaris kata kunci yang terdapat pada soalan. Ada juga calon yang tidak menomborkan ayat-ayat yang ditulis. Oleh itu, pastikan anda:

1. membina lima ayat sahaja.

2. boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk yang gramatis.

3. membina ayat-ayat tentang maklumat yang tersurat, iaitu yang terdapat dalam
    gambar sahaja.

4. menggambarkan dengan jelas maklumat yang tersurat yang hendak anda sampaikan.

5. menomborkan ayat-ayat anda, iaitu dari satu hingga lima.

6. menyemak semula jawapan terutama dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan
   dan tanda baca.

Wednesday, 21 September 2011

Bahasa Melayu Kertas Penulisan Tahap 2

Bahasa Melayu Kertas Penulisan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Bahagian A : memindahkan maklumat .
2. Bahagian B : penulisan karangan.
3. Bahagian C : membina ulasan.

BAHAGIAN A (Memindahkan Maklumat)

1. Bahan rangsangan diberikan sebagai panduan kepada murid.

2. Terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, dan bahan grafik yang lain. .

3. Soalan yang dikemukakan berkaitan :
    a. aktiviti
    b. situasi / gambaran / suasana
    c. umum

4. Tulis lima ayat dengan ejaan dan penggunaan tanda baca yang betul.

5. Ayat yang ditulis hendaklah gramatis dan menepati bahan grafik.

6. Markah untuk bahagian ialah 10 markah.

BAHAGIAN B (Karangan)

1. Pilih satu daripada tiga soalan yang diberikan.

2. Perlu ditulis dalam bentuk perenggan.

3. Setiap karangan perlu ada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan
     penutup.

4. Tulis sekurang-kurang tiga isi bagi setiap setiap karangan.

5. Minimum tiga ayat bagi setiap isi.

6. Terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
     a. penulisan berformat
     b. penulisan tanpa format.

7. Jenis penulisan berformat ialah:
    a. surat kiriman : rasmi dan tidak rasmi.
    b. syarahan
    c. dialog: wawancara, temuramah, perbualan.
    d. ucapan
    e. catatan
    f. berita
    g. laporan
    h. perbahasan

8. Jenis penulisan tanpa format termasuklah:
    a. cerita
    b. melengkapkan cerita
    c. fakta
    d. perbincangan
    e. autobiografi
    f. peribahasa

9. Untuk karangan fakta, setiap perenggang perlu ada isi, contoh dan kesan.

10. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

11. Markah penuh yang diberikan untuk bahagian ini ialah 30 markah.

BAHAGIAN C (Ulasan)

1. Murid perlu memberikan lima nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.

2. Ulasan yang baik mestilah mempunyai nilai-nilai murni atau pengajaran berserta
    huraian.
    
3. Murid tidak dibenarkan menyalin semula petikan.

4. Sebaik-baiknya cari maksud tersirat bagi nilai murni atau pengajaran yang terdapat
    dalam petikan.

5. Panjang jawapan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

6. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

7. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 20 markah.